SMK DABB

SMK DABB

Friday, July 30, 2010

Kajian untuk membina Stadium Bola Sepak sendiri


KOTA BAHARU, (Bernama) - Kajian akan dibuat bagi kemungkinan membina stadium khusus untuk bola sepak seperti yang diamalkan di negara maju, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sesebuah stadium tetapi juga bagi membiasakan pemain dengan konsep padang bola sepak sebenar yang tidak berkongsi dengan pelbagai acara sukan lain.
“Ini adalah antara kajian yang diambil kira oleh kementerian dalam agenda pembangunan sukan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh," katanya pemberita selepas merasmikan Karnival Red Wariors di sini malam tadi.
Pada majlis itu beliau turut menandatangani sijil Malaysia Book of Records kerana kejayaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperkenalkan produk sendiri berkaitan sukan bola sepak.
Selain itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan juga bercadang mewujudkan akademi bola sepak di setiap daerah untuk melatih generasi muda dalam sukan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment