SMK DABB

SMK DABB

Wednesday, July 21, 2010

Skuad B-23 raih kemenangan moral


 
Tuesday, July 20, 2010
Source: stadiumastro.com


Kuala Lumpur, (Stadiumastro) - Skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan bimbingan K. Rajagobal mencatatkan kemenangan moral sebagai persiapan menentang Korea Selatan B-23 Ahad nanti dengan membenam Beijing Guoan Talent FC 3-0.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kota Singa itu, gol-gol pasukan negara dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-20, Aidil Zafuan Abdul Razak (m46) dan Zaquan Adha Abdul Razak (m63).

Pasukan Beijing Guoan Talent FC merupakan satu daripada sembilan pasukan luar yang beraksi dalam kancah Liga Singapura (Liga S) 2010.

Keseluruhan pasukan itu diperkuatkan dengan pemain muda China yang diambil daripada akademi mereka.

Rajagobal kini dalam rangka untuk mempersiapkan pasukannya bagi menentang Korea Selatan B-23 sempena perlawanan Memperingati Ulangtahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Korea Selatan Ke-50 Tahun yang bakal diadakan di Bukit Jalil

0 comments:

Post a Comment