SMK DABB

SMK DABB

Saturday, November 13, 2010


CHINA, (Bernama) - Kilauan cahaya gemerlapan dan percikan bunga api yang indah menghiasi ruang angkasa sekitar bandar raya Guangzhou mengiringi majlis perasmian Kejohanan Ke-16 Sukan Asia yang berlangsung penuh gilang gemilang.

Majlis penuh warna warni itu menyaksikan tirai kejohanan 16 hari tersebut dibuka dengan rasminya, dan majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao.

Antara yang menyaksikan majlis penuh bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge dan presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah.

Malaysia menghantar 337 atlet dan 126 pegawai untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan itu, di mana para atlet akan mengambil bahagian dalam 28 daripada 42 acara sukan yang ditampilkan.

Sembilan atlet dan pegawai Malaysia, yang terdiri daripada chef-de-mission Datuk Musa Omar; Shalin Zulkifli dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (boling); Mek Yam Jusoh dan Harris Abu Bakar (pengurus dan jurulatih pasukan kriket); Zalina Zahid dan Ernawati Mahmud (pengurus dan pemain pasukan hoki wanita); Ian James Barr (renang) dan Chan Foon Keong (pegawai OCM); berada di atas bot yang membawa wakil dari Malaysia, yang dihiasi dengan reka bentuk bangunan terkenal negara, bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Berkembar Petronas.

Tema majlis perasmian Sukan Asia Guangzhou yang dihiasi dengan pertunjukan cahaya yang hebat itu berkisar kepada kebudayaan masyarakat tempatan dari kaum Lingnan.

Pada acara lintas lalu di Haixinsha Square, kontingen Malaysia yang diketuai oleh Chef-de-Mission dan pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, bersama pemain badminton Koo Kien Keat, bergerak masuk dengan membawa "Jalur Gemilang".

Sukan Asia kali ini menyaksikan penyertaan 9,704 atlet, iaitu 184 lebih ramai berbanding jumlah atlet yang direkod dalam Sukan Asia sebelum ini di Doha, Qatar pada 2006.


Wednesday, September 1, 2010

The Catalyst - Linkin Park (Official Music Video)

Monday, August 30, 2010

Namrud's Death

Do you know how the Namrud was killed?
One one eye blind, one leg & wing broken mosquite entered into his head trough his ears. It started to bite his brain. As he can't afford the pain of it, he ask his servants to beat his head. They did not find anything that time, they started to beat him with their shoes. His head blast by that beating and if died. Allah took him to the heal with that dangerous death which was held with shoes.

Friday, July 30, 2010

Kajian untuk membina Stadium Bola Sepak sendiri


KOTA BAHARU, (Bernama) - Kajian akan dibuat bagi kemungkinan membina stadium khusus untuk bola sepak seperti yang diamalkan di negara maju, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sesebuah stadium tetapi juga bagi membiasakan pemain dengan konsep padang bola sepak sebenar yang tidak berkongsi dengan pelbagai acara sukan lain.
“Ini adalah antara kajian yang diambil kira oleh kementerian dalam agenda pembangunan sukan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh," katanya pemberita selepas merasmikan Karnival Red Wariors di sini malam tadi.
Pada majlis itu beliau turut menandatangani sijil Malaysia Book of Records kerana kejayaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperkenalkan produk sendiri berkaitan sukan bola sepak.
Selain itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan juga bercadang mewujudkan akademi bola sepak di setiap daerah untuk melatih generasi muda dalam sukan berkenaan.

Thursday, July 29, 2010